Perak Hari Ini

Cuti Hari Pekerja: Warga Asing Banjiri Pekan Ipoh

IPOH: Bagaikan berada di luar negara dan bukannya negara sendiri.

Itu gambaran yang dapat diberikan apabila warga asing membanjiri beberapa lokasi di sekitar Bandaraya Ipoh sempena cuti Hari Pekerja hari ini.

Tinjauan Peraktoday di sekitar kawasan Bandaraya Ipoh mendapati, rata-rata warga asing dari Bangladesh, Nepal, Vietnam dan Myanmar mengambil peluang berkumpul beramai-ramai bersama rakan-rakan senegara masing-masing.

Apa yang diharapkan adalah warga asing ini tidak melakukan jenayah serta mengganggu gugat keselamatan dan ketenteraman rakyat Perak.

Dahulunya sambutan Hari Mei atau May Day pada 1 Mei dipanggil Hari Buruh, bukannya Hari Pekerja. Ia adalah terjemahan perkataan ‘Labour Day’.

Hari Pekerja disambut dengan para pekerja mendapat cuti rehat sebagai penghargaan serta perarakan bagi menyatakan tuntutan hak mereka.

Pada mulanya, sambutan ini dianjurkan oleh kesatuan sekerja dan parti politik yang menyokong mereka, tetapi akhirnya ia menjadi arus perdana dengan kerajaan turut menganjurkannya.

Bagi memanfaatkan hari ini tidak ketinggalan warga Bandaraya Ipoh amnya, menggunakan hari cuti umum ini dengan pelbagai aktiviti santai bersama keluarga dan rakan.

Berikut antara gambar-gambar yang sempat dirakam oleh lensa Peraktoday hari ini.

Kami mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja buat semua!

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");