Isu Panas

Dakwaan Amanah Mengarut: Pas Selayang

SELAYANG – Pas Selayang menyangkal dakwaan 70 peratus ahli Pas kawasan tersebut keluar parti menyertai Amanah.

Ketua Penerangan Pas Selayang, Mohd Farhan Madzlan, kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Amanah Selayang, Wan Anwar Wan Ibrahim adalah dakwaan yang disifatkan sebagai mengarut dan tidak berasas.

Jelasnya, kurang 10 ahli Pas meninggalkan parti itu termasuk dua ahli yang aktif namun bermasalah.

“Saya rasa Amanah terlalu kemaruk untuk mempengaruhi pengundi-pengundi dengan dakyah tanpa asas dan bukti.

“Dia (Wan Anwar) tidak pernah menjadi ahli Pas dan tidak tahu dari mana asal usulnya. Tiba-tiba sibuk cerita tentang parti yang dia pun tidak tahu menahu tentang hal ehwalnya,” katanya.

Katanya, Pas Selayang juga sudah bersedia untuk mempertahankan kemenangan sedia ada dan bersedia ke arah menawan parlimen Selayang Dun-Dun lain jika mendapat desakan.

“Saya kira lebih baik mereka sibuk tentang ahli partinya dari menyibuk dengan parti orang lain dengan mencari publisiti murahan.

“Pas sedang giat bekerja setiap hari mempertahankan kemenangan di Dun Taman Templer dan Selayang umumnya.

Tambahnya, keyakinan ahli Pas juga semakin menunjukkan peningkatan dengan aktifnya ahli di seluruh peringkat.

“Dari kawasan hingga cawangan-cawangan melalui penubuhan cawangan-cawangan baru dan pemerkasaan cawangan sedia ada bagi persiapan untuk menghadapi pilihan raya akan datang,” katanya lapor Sinar Harian.

Wan Anwar melalui kenyataan di sebuah portal berita mendakwa 70 peratus ahli Pas yang aktif telah keluar parti untuk menyertai Amanah.

Laporan menyebut, mereka terdiri penggerak strategik dalam Pas pada pilihan raya lalu terdiri Wanita dan Pemuda.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");