Membawang Hari Ini

Doakan Isteri Dan Anak Saya – Saharul Ridzwan

Pelakon Saharul Ridzwan menerusi akan Instagram (IG) meminta agar mendoakan isterinya, Deena Emir dan anak dalam kandungan berada dalam keadaan sihat.

Menerusi entri tersebut, Saharul telah memuat naik sekeping foto dia bersama isterinya yang terlantar di atas katil sebuah hospital.

Saharul yang tidak menjelaskan mengapa isterinya dimasukan ke hospital berharap agar tiada masalah yang tidak diingin berlaku kepada Deena.

“Assalamualaikum semua, sy minta tolong kepada semua, doakanlah kesihatan isteri dan anak saya agar dalam keadaan yang baik. Harap2, tiada apa2 masalah kepada dua insan yang sy sayang ni. Amin Ya Rabbal Alamin,” tulis Saharul di Instagramnya.

Instagram Saharul kemduian dihujani doa daripada peminatnya yang mendoakan agar urusannya dan isteri berjalan lancar.

Deena kini difahamkan sedang hamil tujuh bulan.

Saharul dan Deena berkahwin pada 16 September tahun lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");