Sukan Hari Ini

Fabregas Mungkin Angkat Kaki

PEMAIN tengah Chelsea, Cecs Fabregas tidak menolak kemungkinan akan berpindah dari Stamford Bridge kerana kurang diberikan peluang bermain.

Pemain berusia 30 tahun itu nyata kecewa dengan peluang bermain yang diberikan Antonio Conte biarpun penampilannya di Barat London itu disenangi penyokong The Blues.

“Saya tak semestinya akan meninggalkan Chelsea, tapi dalam bola sepak, semuanya boleh terjadi.

“Saya rasa disayangi oleh penyokong di sini selain membuktikan bahawa saya mampu bermain di peringkat yang baik. Cumanya keputusan Conte itu agak mengecewakan saya,” katanya.

Fabregas berjaya menyumbangkan  tujuh gol dan 15 assist untuk Chelsea musim ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");