Membawang Hari Ini

Filem Disney Jadi ‘Tebusan’ Pengodam

FILEM terbaru Disney dari siri francais ‘Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales’ dijadikan tebusan oleh sekumpulan pengodam.

Menurut laporan BBC, perkara tersebut didedahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Disney, Bob Iger semalam.

Bob tidak mendedahkan nama filem tersebut, tetapi laporan dari Deadline mengatakan ianya adalah dilem terbaru dari ‘Pirates of the Caribbean’.

Kata Bob, pengodam memeras ugut Disney supaya membayar ‘wang tebusan’ berupa mata wang maya, Bitcoin.

Tambahnya, jika kehendak pengodam tersebut tidak dipenuhi, filem yang akan mula ditayangkan pada 26 Mei ini akan disiarkan di internet pada waktu terdekat.

Bob bagaimanapun tidak memenuhi permintaan tersebut dan meminta bantuan penyiasat dari persekutuan.

‘Dead Men Tell No Tales’ merupakan episod kelima dari siri ‘Pirates of the Caribbean’ yang menyaksikan pelakon, Johnny Depp kembali dengan watak lanun Jack Sparrow.

Bulan lepas, sekumpulan pengodam menyiarkan musim kelima siri ‘Orange is the New Black’ selepas agensi penyiaran, Netflix gagal membayar ‘wang tebusan’.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");