Perak Hari Ini

Gas Bocor di Kilang Ais Di Pasir Puteh

IPOH:Satu kebocoran gas amonia dilaporkan berlaku di sebuah kilang membuat dan membekal ais di Jalan No 4, Persiaran Pengkalan, Taman Pengkalan Maju Pasir Puteh, dekat sini, pagi tadi.

Menurut sumber Jurucakap Balai Bomba Dan Penyelamat Perak, kejadian kebocoran gas kimia Ammonia (UN 1005) itu melibatkan sebuah mesin memproses ais.

“Hasil pemeriksaan Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) mendapati kebocoran berlaku daripada injap di jmesin yang telah bocor dan mengeluarkan gas amonia,” kata sumber.

Bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan terlibat.

“Pihak anggota Hazmat telah bertindak menutup injap pada mesin memproses ais yang didapati telah mengalami kebocoran sehingga selesai dan telah membuat pembersihan menggunakan air bagi meneutralkan kawasan daripada bahan kimia,” katanya.

Setelah selesai, pihak penyelenggaraan syarikat telah menjalankan tindakan selanjutnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");