Jenayah

Geng 24: 52 Remaja Didakwa Di Mahkamah

KLANG – Seramai 52 remaja termasuk 42 pelajar sekolah yang terlibat dalam sambutan geng kongsi gelap bulan lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang hari ini atas tuduhan terlibat perhimpunan haram.

Tiga daripada jumlah itu masing- masing berusia 15 dan 17 mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut manakala 49 orang mohon dibicarakan.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa bersama- sama dengan yang masih bebas terlibat dalam perhimpunan menyalahi undang-undang seperti dipaparkan dalam video upacara memotong kek angka 24 sebagai ahli perhimpunan bagi tujuan melakukan kemudaratan awam.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Andalas, dekat sini jam 12.30 tengah hari pada 20 April lalu.

Mereka juga didakwa melakukan perbuatan sama dengan tujuan sama di hadapan SMK Kampung Jawa, SMK Raja Mahdi dan Sekolah Kebangsaan Simpang Lima, Klang pada keesokan harinya.

Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syed Farid Syed Ali mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan (Akta 574).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");