Sukan Hari Ini

Giggs Buat Hal Di Sepanyol

LEGENDA Manchester United, Ryan Giggs amat dikenali dengan sikap yang tenang ketika beraksi di atas padang dan jarang terlibat dalam pergaduhan atau kontroversi.

Namun berbeza pula ceritanya apabila berada di luar padang selepas bekas pemain kelahiran Wales itu dilapor hampir terlibat dalam pergaduhan ketika bercuti di Sepanyol baru-baru ini.

Kejadian itu berlaku di pulau Majorca ketika Giggs bersama rakan-rakannya pada mulanya bertengkar dengan sekumpulan lelaki di sebuah restoran di kawasan percutian terbabit sebelum keadaan menjadi semakin ‘panas’.

Beberapa gambar menunjukkan Giggs yang memakai seluar pendek berwarna kelabu cuba menenangkan rakannya daripada mencetuskan pergaduhan yang lebih besar.

Bagaimanapun insiden itu dipercayai tidak berlanjutan dan diselesaikan secara baik.

Malah Giggs dilihat tidak terganggu dengan hal itu, sebaliknya menikmati percutian tersebut bersama seorang wanita misteri yang dipercayai kekasihnya.

Bekas pemain berusia 43 tahun itu dalam proses penceraian dengan isterinya, Stacey selepas kes mereka dibawa ke Mahkamah Tinggi susulan pertikaian pembahagian harta bernilai 40 juta pound sterling (RM223 juta).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");