Berita Hari Ini

GMM Kecam Insiden Serangan Bom Di Manchester

SHAH ALAM – Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) mengecam keras tindakan pengebom berani mati yang mencetuskan insiden letupan bom di konsert jelajah penyanyi Ariana Grande, baru-baru ini.

Memetik laporan Sinar Harian, Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa menyifatkan insiden tersebut sebagai serangan yang dilakukan oleh seseorang yang pengecut dan tidak bertimbang rasa.

“Kami ingin menyampaikan rasa simpati kami kepada mangsa dan keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut. Kami juga ingin menyampaikan takziah kepada rakyat dan kerajaan United Kingdom,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Difahamkan, serangan itu telah mengorbankan sehingga 22 nyawa dan mencederakan puluhan mangsa yang lain.

Namun, Grande, dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Polis Britain sudah mengesahkan identiti pengebom nekad, Salman Abedi, 22, yang dilahirkan di Manchester. Ibu bapanya berasal dari Libya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");