Perak Hari Ini

Guna Kemudahan Asas Sebaik Mungkin -MB Perak

KUALA KANGSAR: Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan pembinaan kemudahan asas seperti Dataran Seri Mercu di Rancangan Perumahan Awam (RPA) Jalan Sultan Iskandar Shah di sini merupakan satu langkah baik untuk membantu penduduk setempat.

Katanya, setiap kemudahan yang didirikan adalah untuk membantu rakyat dan mengotakan janji kerajaan negeri yang telah dikemukan sebelum ini.

“Gunalah kemudahan yang disediakan khusus untuk orang awam dengan baik dan syukuri apa yang ada dan diberi kepada kita,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pada majlis pecah tanah Dataran Mini Seri Mercu RPA 1 Jalan Sultan Iskandar Shah dan cadangan pembinaan dewan orang ramai Majlis Perbandaran Kuala Kangsar di sini hari ini.

Turut hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Adun Manong Datuk Mohd Kamil Shafie.

Beliau kemudiannya turut melawat prasarana baru yang telah dibina di tapak arena iaitu lima buah kedai dan kini diusahakan oleh peniaga pelbagai bangsa.

Projek cadangan pembinaan dewan orang ramai di RPA 1Jalan Sultan Iskandar Shah dijangka menelan belanja sekitar RM1 juta yang kini dalam proses penyediaan tender pembinaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");