Membawang Hari Ini

Hanis Mula Terima Tawaran

WALAUPUN sudah ambil keputusan untuk kembali menerima tawaran dalam industri hiburan, pengacara dan pelakon Hanis Zalikha masih memberikan keutamaan kepada anak dan keluarganya.

Bagaimanapun, dia juga sedia dalam mempertimbangkan tawaran yang diberikan kepada dirinya jika bersesuaian.

Pada usia anak sulungnya Yusof Iskandar mencecah 11 bulan, Hanis berkata dia hanya akan menerima tawaran yang tidak mempunyai komitmen yang tinggi atau memerlukan dia untuk berada di lokasi terlalu lama.

Hanis bakal menjadi juri dalam sebuah program pertandingan cipta maskot yang akan disiarkan menerusi saluran Astro Ceria.

“Selepas Yusof lahir, ini merupakan projek pertama yang saya terima. Saya mengambil masa 11 bulan untuk berehat, menjaga Yusof dan memberikan perhatian kepada perniagaan kami.

“Sepanjang tempoh itu, banyak tawaran yang terpaksa saya tolak dengan naik. Tetapi kini saya kembali menerima tawaran yang boleh mengikut kesesuaian jadual saya.

“Mungkin buat masa ini saya hanya akan menerima tawaran pengacaraan sahaja,” katanya kepada mStar Online.

Mengulas tentang perkembangan Yusof yang semakin mendapat perhatian ramai, Hanis berkata dia menganggap ia sebagai salah satu rezeki yang paling berharga untuk dirinya.

“Saya terkejut juga apabila ada seorang nenek mahu berjumpa dengan Yusof di sebuah majlis baru-baru ini. kami pelik kerana Yusof hannya popular di laman sosial sahaja.

“Tapi saya gembira kerana ramai yang sayangkan dia, followers dia IG juga semakin ramai kerana mereka mahu melihat keletah dia sepanjang hari,” katanya.

Dalam pada itu, Hanis berkata, dia dan suami, Hairul Azreen tidak pernah meletakkan apa-apa perancangan untuk Yusof kerana tidak mahu menjejaskan pembesaran anak mereka.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");