Berita Hari Ini

Harga Naik Sehingga RM5 Sekotak

KUALA LUMPUR – Harga sesetengah bungkusan kurma kurang sekilogram didapati meningkat berbanding tahun lepas terutamanya melibatkan jenama terkenal.

Seorang peniaga, Morlis Monek, 65, berkata, dia agak kesal dengan peningkatan harga yang begitu ketara seolah-olah ada pihak yang mengambil kesempatan pada musim permintaan tinggi.

Katanya, ia lebih ketara melibatkan bungkusan jenama terkenal yang memonopoli pasaran.

“Harganya biarlah munasabah. Ini dari kurang RM10, naik jadi RM15 walaupun bungkusan sama.

“Sebab tu saya lebih suka beli yang timbang. Sekurang-kurangnya kita boleh pilih setiap biji. Tapi yang timbang pun susah nak dapat sekarang. Semua sudah dibungkuskan,” katanya ditemui di sebuah pasaraya di Wangsa Maju lapor Sinar Harian.

Sementara itu, bagi seorang kakitangan kerajaan, Napsiah Leman, 58 berkata, dia mengakui berlakunya kenaikan harga kurma namun tidak terlalu ketara berbanding tahun sebelumnya.

“Pilihan saya bukanlah sekadar murah tapi biar berkualiti dan tahan lama. Kalau terlalu murah cepat rosak dan berair.

“Biar tahan lama kerana selain bulan Ramadan saya turut makannya sebagai makanan harian kerana hadapi masalah gastrik,” katanya ketika membeli keperluan dapur di pasaraya di Batu Caves semalam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");