Berita Hari Ini

Impak Positif Jualan Saham Proton

SHAH ALAM – Langkah penjualan saham Proton Holdings Bhd kepada Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely Holding) bakal membuka ruang kerjasama lebih erat antara dua syarikat itu sekali gus perpindahan teknologi mampu berlaku dengan lebih cekap.

Ketua ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, melalui kerjasama itu kapasiti pengeluaran Proton akan digunakan dengan sepenuhnya dan ia menggalakkan penggunaan sumber yang lebih baik.

“Bukan hanya memberi kelebihan kepada ke dua syarikat itu sahaja, malah kerjasama ini juga mampu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

“Seharusnya transaksi ini boleh memberi impak yang positif kepada ekosistem industri automotif memandangkan terdapatnya rantaian industri yang rapat dengan syarikat-syarikat pembekal tempatan,” katanya memetik laporan Sinar harian, semalam.

Menurutnya, pembukaan ruang bagi pasaran eksport juga akan dapat ditingkatkan lagi melalui penggabungan itu di samping dapat merangsang penggunaan kapasiti pengeluaran yang sedia ada dengan lebih cekap.

“Berdasarkan data CEIC (Euromoney Institutional Investor Group), Proton mencatatkan penurunan kepada 72,290 unit pada tahun 2016 berbanding 102,174 unit tahun sebelumnya. Manakala Perodua mencatatkan trend meningkat walaupun jualan pada 2016 sedikit menurun kepada 207,110 unit berbanding 213,307 unit pada 2015.

“Jika dilihat angka jualan Proton berbanding Perodua, kita dapati perbezaan yang ketara meskipun statusnya adalah kereta nasional,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");