Membawang Hari Ini

Intan Ladyana Serik Bicara Soal Cinta

Pelakon Intan Ladyana akui serik untuk berkongsi mengenai kisah cintanya kepada umum.

Intan Ladyana atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamat Yahaya, 35, berkata pengalaman lalu mengajarnya untuk lebih berhati-hati apabila berbicara soal cinta.

“Saya memilih untuk tidak bercakap mengenai hubungan cinta saya kepada umum kerana sebelum ini saya terlalu terbuka tapi ia tak menjadi, buat saya serik.

“Jadi mengenai hubungan cinta saya dengan sesiapa pun sekarang ini, biarlah rahsia.

“Bila jodoh saya sudah sampai nanti, saya akan buka mulut juga.

“Apa-apa pun doakan yang terbaik untuk saya,” katanya.

Intan ditemui di majlis pelancaran program Ramadan Astro 2017, Kosong-Kosong Dari Hati di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, semalam.

Sebelum ini Intan pernah menjalin cinta dengan Kamal Adli, namun hubungan tersebut gagal dan kini pelakon lelaki berkenaan intim dengan Emma Maembong.

Mengulas mengenai perkembangan kerjaya lakonannya, Intan kini kembali aktif setelah lebih setahun berehat.

Intan memberitahu dia sedang menjalani penggambaran untuk sebuah drama Astro Prima berjudul Semusim Rindu.

“Saya sedang menjalani penggambaran dengan beberapa pelakon termasuk Ben Amir dan Haliza Misbun.

“Saya kembali ke set setelah lebih setahun berehat dari lakonan.

“Saya terima tawaran drama siri 40 episod ini kerana jalan ceritanya yang menarik kerana ia merupakan adaptasi novel.

“Saya baca dan fahamkan novelnya sebelum saya memasuki set.

“Watak saya mengisahkan seorang anak yang sering didera dan murung sewaktu kecil dan mencari punca mengapa dia diperlaku begitu apabila dewasa,” katanya lagi.

Semusim Rindu bakal ditayangkan muali 29 Mei ini setiap hari Isnin hingga Jumaat di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");