Perak Hari Ini

JKR Akan Buka Tender Projek Jambatan Manong Jun Ini

MANONG:Projek pembinaan Jambatan Manong di sini sedang giat dijalankan melibatkan proses kajian terhadap struktur tanah.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang menjalankan kajian dan penilaian terhadap struktur tanah di tapak projek tersebut.

Malah katanya, pada peringkat permulaan, JKR telah membuat penilaian tender dan dijangka akan dikeluarkan pada Jun ini.

“Projek sedang berjalan dan dalam proses membuat kajian dan penilaian terhadap tanah dan ia diharapkan dapat dimulakan dalam kadar segera,” katanya dalam satu sidang media sejurus selepas merasmikan Dataran Amanjaya Pekan Kecil Manong di sini hari ini.

Program ini adalah bersempena program permukiman Menteri Besar dI Daerah Kuala Kangsar yang berlangsung selama lima hari sehingga 20 Mei ini.

Terdahulu Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM43.5 juta bagi pembinaan Jambatan Manong menyeberangi Sungai Perak, yang menghubungkan Kampung Seberang Manong ke Pekan Manong, dekat sini.

Pembinaan jambatan itu serta pembinaan jalan sepanjang tiga kilometer di sekitar kawasan itu telah diumumkan oleh  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu berucap pada majlis berbuka puasa bersama pengundi dan masyarakat setempat di Masjid Nurul Huda, Manong, pada 10 Jun 2016.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");