Sukan Hari Ini

Kecederaan Buku Lali Halang Latif Beraksi Di Perancis

ATLET lompat jauh, Abdul Latif Romly terpaksa melupakan hasrat untuk membuat lompatan sejauh 7.5 meter dalam aksi di Terbuka Perancis ekoran kecederaan kaki yang masih dirasai sehingga kini.

Mengikut kepada perancangan, Latif sepatutnya mampu mencapai sasaran layak secara merit menerusi lompatan 7.5 meter di Terbuka Perancis yang akan membuka tirai bermula 26 Mei hingga 4 Jun depan.

Hasrat itu bagaimanapun terpaksa ditunda, ekoran keadaan terkini Latif yang mengalami kecederaan buku lali menghalang untuk dia menyertai aksi di Perancis nanti.

Jurulatihnya, Shahrul Amri Suhaimi menegaskan situasi Latif tidak serius dan dijangka akan pulih dalam masa terdekat.

“Saya mungkin terlepas beraksi di Perancis kerana mungkin tidak sempat pulih bagi memberikan fokus untuk kejohanan akan datang,” kata Latif.

Sasaran lompatan 7.5 meter buat Latif kini beralih ke Terbuka Bangkok pada 12 hingga 15 Jun depan, dengan Latif sendiri menegaskan, kelayakan meritnya ke Sukan SEA akan terlaksana di sana.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");