Berita Hari Ini

Kedai Baiki Gajet Terkecil Dunia Dalam Pondok Telefon

TELEFON mudah alih mungkin menjadi punca pondok telefon semakin usang.

Bagaimanapun sebuah syarikat Britain kini tampil memberi wajah baharu kepada pondok telefon.

Kedai membaiki telefon mudah alih, Lovefone beroperasi sebagai kedai membaiki gajet terkecil di dunia, di dalam pondok telefon merah ikonik Britain.

Syarikat itu baru-baru ini membuka pondok telefon kedua yang beroperasi di Brompton Road, Knightbridge, diikuti Greenwich yang dilancarkan pada Ogos lalu.

‘Pondok telefon’ itu menawarkan khidmat membaiki pelbagai jenis peranti elektronik termasuk perkhidmatan WiFi dan mengecaj telefon mudah alih secara percuma. – Mirror

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");