Perak Hari Ini

Kedai Bergerak 1Amanjaya Jadi Tarikan Utama Program Pemukiman

Kedai Bergerak 1Amanjaya dilihat antara tarikan utama sepanjang program Pemukiman Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ke Daerah Kuala Kangsar hari ini.

Menurut Zambry, kedai berkenaan sentiasa penuh dengan orang ramai mungkin disebabkan harga barangan yang jauh lebih murah serta tanpa GST.

“Kita juga membawa Kedai Bergerak 1Amanjaya bagi membolehkan penduduk disini membeli barangan runcit dengan harga yang jauh lebih rendah tanpa GST kerana kita memberi subsidi kepada barangan yang dijual.

“Sebenarnya kedai ini mendapat sambutan yang baik apabila kemana sahaja kita pergi dan barangan yang dijual juga cepat habis,” katanya pada sidang media di Program Pemukiman MB di daerah Kuala Kangsar, hari ini.

Zambry menambah, pihaknya juga telah memperkenalkan perkhidmatan yang boleh diberikan kepada rakyat sepanjang program itu dilaksanakan di daerah berkenaan.

Contohnya jelas beliau, di Pekan Kati telah dibawa beberapa jabatan-jabatan penting yang memudahkan penduduk di kawasan berkenaan menerima perkhidmatan dengan lebih mudah dan cepat.

“Contohnya perkhidmatan untuk pergigian, kesihatan yang bolehkan rakyat disini membuat pemeriksaan dan ada juga kita JPJ untuk rakyat di sekitar Kati memperbaharui lessen serta cukai jalan mereka,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");