Membawang Hari Ini

Kehadiran Syaikhul Islam Beri Rezeki Berganda Kepada Syamsul

KUALA LUMPUR- Kelahiran permata hati yang diberi nama Syaikhul Islam nyata memberi kebahagiaan berganda buat pengarah Syamsul Yusof.

Syamsul, 32, mengaku sejak bayi lelakinya itu dilahirkan pada 19 April lalu,  dia seperti sudah ‘tawar hati’ untuk pergi bekerja.

Jika sebelum ini dia jarang membuat panggilan video, tetapi sejak adanya Syaikhul, Syamsul tidak akan lepaskan peluang untuk berkomunikasi dengan buah hatinya itu.

“Syukur alhamdulillah sejak Syaikhul lahir saya selalu buat panggilan video dengan dia. Sekarang ini fokus saya lebih kepada keluarga yang sudah bertambah ahli.

“Sebelum kelahiran Syaikhul, saya sudah meraih banyak rezeki dan anggap ia rezeki anak dan bila dia lahir, makin banyak tawaran yang bertandang.

“Saya harap saya lebih matang dan terus belajar lagi pada masa akan datang, ” katanya.

Dalam pada itu Syamsul turut berkongsi mengenai dirinya yang masih belum berkesempatan untuk membantu meringankan tugas isterinya,  Puteri Sarah Liyana memandangkan dia terikat dengan penggambaran filem Munafik 2.

“Saya tak sempat nak belajar apa pun lagi sebab sibuk di set penggambaran. Semua diuruskan oleh Sarah dan keluarga.

“Sekarang ini pun kalau balik rumah mesti terus jumpa Syaikhul. Televisyen pun dah jarang buka kat rumah.

“Lepas selesai Munafik 2 saya akan tumpu pada keluarga. Buat masa ini memang terpaksa berkorban untuk sementara,” ujarnya.

Syaikhul dilahirkan seberat 3.5kg di Pusat Perubatan Pantai Bangsar hasil perkongsian hidup Syamsul dan Sarah selama dua tahun. – UTUSAN ONLINE

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");