Jenayah

Kena Nyanyi Negaraku Atau Sila Berbaris!

GEORGE TOWN – Sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan penguatkuasa Imigresen di sini telah mendakwa diri mereka sebagai rakyat sah negara ini.

Bagi membuktikan kesahihan dakwaan itu dan disaksikan pihak media yang membuat liputan operasi berkenaan, pegawai agensi penguatkuasaan berkenaan telah meminta mereka menyanyikan lagu Negaraku.

Akhirnya menurut Penolong Pengarah Jabatan Imigresen Pulau Pinang, Khwaja Banthey Navaz Mohamed Haneef, pihaknya menahan 25 pekerja asing di pusat hiburan dalam sebuah pusat beli-belah di sini jam 8 malam, Rabu.

Kesemua PATI tersebut, masing-masing 11 lelaki warga Bangladesh, wanita Indonesia (5), lelaki Vietnam (3), wanita Vietnam seorang dan dua lelaki rakyat India telah dibawa ke pejabat agensi itu untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, operasi yang dikenali sebagai Ops Ikrar melibatkan 35 pegawai jabatan berkenaan.

“Kami turut menyerbu satu lagi premis di Lebuh Farquhar, bagaimanapun tiga individu yang diperiksa tidak ditahan,” katanya.

Menurutnya, warga asing yang ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan yang masih dalam tempoh siasatan. – mStar Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");