Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Lulus Pembinaan SAR Nurussalam Di Manjung

MANJUNG:Kerajaan negeri berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM800 ribu bagi pembinaan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Nurussalam di kawasan Fasa 3C Taman Manjung Baru di sini hari ini.

Sumbangan itu melibatkan sejumlah RM300 ribu telah diberikan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dan RM500 ribu lagi daripada Kerajaan Negeri.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata penambahan jumlah murid sekitar 100 orang memerlukan kepada pembinaan sekolah berkenaan secepat mungkin.

“Berikutan kepadatan pelajar memerlukan pembinaan sekolah agama rakyat (SAR) ini dan saya meminta agar proses pembinaan dilaksanakan segera, ” katanya dalam satu sidang media sejurus menghadiri majlis Menteri Besar bersama komuniti di sini hari ini.

Turut hadir sama ADUN Pasir Panjang, Datuk Roshidi Ibrahim dan Pegawai Daerah Manjung Mohamad Fariz Mohammad Hanip.

Katanya,setakat ini proses pembelajaran telah dilaksanakan di kediaman pengerusi Sekolah Nurussalam, Ibrahim Man yang sanggup berkorban semata-mata memberi peluang murid menuntut ilmu.

“Saya telah melawat lokasi tapak pada 1 April lalu dan kini majlis penyampaian cek dijalankan dengan harapan sekolah ini dapat dibina dengan kadar segera,” katanya.

Tambahnya lagi, reka bentuk pembinaan sekolah telah dirangka dan kini akan berjalani proses pembinaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");