Berita Hari Ini

Kerajaan Rancang Tambah Jumlah Pakar Ortopedik

KUALA LUMPUR: Kerajaan merancang untuk menambah jumlah pakar ortopedik bagi mengatasi kekurangan doktor bidang itu di hospital kerajaan di seluruh negara.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata walaupun nisbah doktor dengan penduduk yang disyorkan dari segi pakar ortopedik ialah 1:1500, tetapi nisbahnya di Malaysia sekarang ialah 1:5000.

“Kami perlu tambah tiga kali ganda jumlah itu untuk mencapai keseimbangan dari segi doktor dengan penduduk,” katanya pada sidang akhbar bersempena Mesyuarat Saintifik Tahunan ke-47 dan sambutan Jubli Emas Persatuan Ortopedik Malaysia di sini hari ini.

Oleh itu, jelas beliau, sejak 2013, kementerian berkenaan telah menambah jumlah doktor yang mengikuti pengajian peringkat sarjana dalam bidang ortopedik.

“Kami boleh menambah jumlah itu, tapi ia bergantung kepada kemampuan universiti untuk menerima mereka mengikuti latihan,” kata beliau.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");