Jenayah

Kes Rasuah: Kontraktor, Pegawai Imigresen Direman

ALOR SETAR: Dua pegawai imigresen dan seorang kontraktor direman tujuh hari bermula Selasa, bagi membantu siasatan berikutan kes menerima rasuah, di Kedah.

Pendaftar mahkamah Alor Setar, Wan Nor Fadzilah Wan Ibrahim mengeluarkan perintah reman ke atas ketiga-tiga suspek itu sehingga 15 Mei ini.

Wan Nor Fadzilah membenarkan tiga suspek disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Sebelum ini, SPRM menahan dua pegawai imigresen berusia 35 dan 37 tahun yang bertugas di Padang Besar, Perlis.

Salah seorang penjawat awam itu, difahamkan ketua cawangan imigresen berkenaan.

Kesemua suspek ditahan di lokasi berasingan di Alor Setar dan Perlis.

Sementara itu, pengarah SPRM Kedah, Datuk Mohd Fauzi Mohamad mengesahkan penahanan berkenaan dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Kejadian ni berlaku sejak 2015 lalu di mana ketika itu salah seorang yang ditahan itu bekerja di pejabat di Putrajaya dan dikatakan telah meluluskan 339 permohonan yang melibatkan 18,626 pemohon permit pegawai dagang tersebut.

“Dan juga dikatakan setiap individu membayar lebih kurang RM1,500 wang rasuah untuk kelulusan permit berkenaan,” katanya.

Susulan penahanan itu, SPRM merampas pelbagai barangan mewah dipercayai sebagai habuan yang diterima pegawai imigresen terbabit antaranya lima kereta mewah, beg tangan dan jam tangan di mana jumlah keseluruhannya mencecah RM2.5 juta.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");