Perak Hari Ini

Kiosk Tambah Nilai Touch ‘N Go Mudahkan Pengguna

IPOH:Penyediaan kiosk dan mesin tambah nilai kad prabayar Touch ‘n Go di beberapa lokasi termasuk di pusat membeli-belah mampu memberi kemudahan kepada orang awam.

Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM),Dr. Noor Azmi Ghazali berkata perkhidmatan kiosk Touch ‘n Go disediakan di beberapa kawasan seperti di lebuh Raya PLUS dan diluar kawasan lebuh raya antaranya seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan pusat beli-belah.

Malah jelasnya, lebih 9,000 pusat pusat perniagaan di negara ini turut menyediakan perkhidmatan tambah nilai untuk memudahkan orang awam membuat transaksi tambah nilai.

“Perkhidmatan ini disediakan di stesen stesen minyak dan kedai terpilih untuk memudahkan orang awam,” katanya.

Jelasnya, pihak PLUS Malaysia Berhad (PLUS)telah menyediakan mesin tambah nilai di setiap hentian Rehat dan Rawat (R&R) bagi memudahkan pengguna lebuhraya.

Terdahulu PLUS telah laksanakan sistem bayaran tol secara elektronik sepenuhnya di semua lebuh raya kendaliannya bermula 26 April lalu yang melibatkan sistem kutipan itu di semua 94 plaza tol.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");