Perak Hari Ini

Konsep Pekan Kecil Dapat Pengiktirafan Antarabangsa 

MANONG:Konsep pekan kecil yang diperkenalkan oleh Kerajan Negeri disifatkan sebagai satu usaha yang kreatif hingga berjaya mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata konsep itu telah mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila terbukti berjaya menjadi katalis kepada pembangunan sesebuah kawasan.

 

“Pakar daripada United Nation Habitat telah melihat sendiri konsep pekan kecil yang berupaya menjadi katalis kepada pembangunan di sesebuah kawasan,”katanya dalam satu sidang media di Dataran Amanjaya Pekan Kecil Manong di sini hari ini.

Katanya, Kerajaan Negeri akan terus meninjau dan melihat aspek lain yang menjadikan pembangunan pekan kecil sebagai katalis kepada kawasan tersebut.

“Kita telah mengenal pasti 41 pekan kecil yang perlu dibangunkan dan setakat ini  sebanyak 15 pekan kecil sudah siap dibina dan  10 lagi sedang dibina.

“Kesemua ini dapat diwujudkan dengan membawa konsep Dataran Amanjaya di setiap lokasi berbeza,” katanya.

Terdahulu beliau merasmikan Dataran Amanjaya Pekan Kecil Manong berkeluasan 1.1 ekar yang memiliki empat unit kedai desa dan empat unit gerai desa serta dataran.

Hampir keseluruhan unit telah diisi oleh usahawan tempatan yang menjalankan perniagaan seperti kedai makan, kraf tangan dan kosmetik.

Sehingga kini 10 pekan kecil yang dikenali sebagai Dataran Amanjaya telah beroperasi seperti di Trong, Ijok, Sauk, Lekir, Kubu Gajah Semanggol, Simpang Lima, Lawin dan Bagan Datuk.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");