Berita Hari Ini

KPKT Minta Akta Perkhidmatan Bomba Dipinda

BATU PAHAT – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meminta pihak kerajaan meminda Akta Perkhidmatan Bomba 1988, bagi memudahkan urusan pasukan bomba sukarela.

Antara yang dicadang melalui pindaan berkenaan ialah penubuhan pasukan sukarela terbabit didaftarkan terus melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sendiri.

Menteri KPKT, Tan Sri Noh Omar berkata, cadangan berkenaan kini di peringkat semakan di Jabatan Peguam Negara dan dijangka akan dibentangkan di Parlimen dalam sidang Dewan Rakyat, akan datang.

Katanya, dengan pindaan terbabit juga akan memudahkan JPBM memantau dan mengawal selia aktiviti pasukan sukarela dengan lebih berkesan selain dapat menyediakan latihan yang seragam dari masa ke semasa.

“Penubuhan pasukan bomba sukarela ketika ini yang ahlinya sudah mencecah 13,000 di seluruh negara perlu melalui Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan kita berharap dengan pindaan itu biar Jabatan Bomba sendiri jadi pendaftar.

“Dengan cara itu, ia boleh menggalakan lebih ramai penyertaan masyarakat sebagai ahli bomba sukarela kerana selain tugas memadam api, kita mahu memperkemaskan langkah-langkah pencegahan,” katanya lapor Sinar Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");