Isu Panas

Kurang Kesedaran Punca 120,000 Ahli Parti MIC Tidak Berdaftar – Subra

KUALA LUMPUR: Kurangnya kesedaran dalam kalangan anggota cawangan MIC adalah antara sebab utama terdapat kira-kira 120,000 anggota parti tidak berdaftar sebagai pengundi, kata presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

“Mereka tidak ambil tahu tentang sistem politik negara, yang demikian kita perlu melakukan usaha lebih giat untuk mendorong mereka menjadi pengundi,” kata beliau.

Dr. Subramaniam bercakap kepada media selepas merasmikan Majlis Anugerah Tahunan Pelajar Terbaik India bagi SPM dan STPM di sini malam tadi.

Dr.Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan berkata MIC masih dalam proses mengenal pasti anggota parti di seluruh negara yang belum berdaftar sebagai pengundi dan meminta mereka berbuat demikian menjelang 15 Jun.

Sebelum ini, Dr. Subramaniam dilaporkan berkata parti itu mensasarkan untuk mendaftar sekurang-kurangnya 90,000 anggota MIC yang masih belum berbuat demikian.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");