Isu Panas

‘Lapor SPRM Kalau Anak Jantan’

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin mencabar mana-mana individu yang ingin mengaitkan dirinya dengan isu rasuah membuat laporan sah kepada pihak berkuasa.

Menurutnya, rasuah antara isu yang sengaja digunakan pihak tertentu untuk ‘menyerangnya’.

“Sesiapa anak jantan pergi buat laporan, sampai sekarang saya tidak pernah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya pada pertemuan  dengan Sinar Harian, semalam.

Katanya, beliau sedia memberi kerjasama kepada SPRM dan terbuka untuk memberi keterangan sekiranya dipanggil.

Sebelum ini tular di media sosial apabila ada pihak mengaitkan Zuraida mempunyai kekayaan luar biasa, dan memiliki pelbagai kereta mewah.

Integritinya terus dipersoal  apabila SPRM menahan Ketua AMK Ampang, Datuk Adam Rosly Abdullah atas dakwaan terlibat kegiatan pengubahan wang haram.

“Mewah apa yang ingin ditunjukkan? Ferari? Porsche? Saya akui suka pilih barang berkualiti termasuk kereta.

“Sebelum terlibat dalam politik pun saya sudah bawa kereta-kereta berkualiti. Dalam kehidupan saya sentiasa utamakan barangan  tahan lama,” katanya.

Zuraida menegeaskan, semua kenderaan import yang dimiliki menerusi kemudahan disediakan atas kapasiti dirinya seorang ahli parlimen.

“Saya sebagai ahli parlimen diberi peruntukan AP atas nama saya, jadi bodoh saya kalau ada AP, tidak digunakan kemudahan itu.

“Mereka mengguna isu itu untuk serang saya, kerana mereka tahu saya mengangkat integriti tinggi. Nampaknya mereka tiada cara lain untuk lancarkan serangan ke atas saya,” katanya.

Menurutnya, serangan dan dakwaan tidak berasas  itu tidak menjadi kudis buatnya, malah kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Ampang tidak goyah.

Mengulas beberapa dakwaan lain, terutama membabitkan dirinya dan Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos, beliau berkata, dakwaan yang dikemukakan Jamal tidak berasas dan tidak perlu dilayan.

“Saya pandang Jamal itu seorang yang tidak ada kredibiliti, dia tidak setanding saya, sebab itu saya tidak layan.

“Cakap mengarut, kita ahli parlimen cakap benda dasar, tentang kerajaan dan sebagainya. Jamal cakap benda-benda longkang siapa nak layan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");