Perak Hari Ini

Lubang Mendapan Tanah di LTSAS Telah Diperbaiki

IPOH:Lubang akibat mendapan tanah yang berlaku di landasan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini, telah diperbaiki sepenuhnya pada awal pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu,Datuk Dr Mah Hang Soon berkata lapangan terbang di sini ditutup 24 jam sejak 6.40 petang, semalam, berikutan berlaku tanah mendap di landasan.

“Kejadian tersebut disedari pihak pengurusan setelah melakukan pemeriksaan rutin di laluan lapangan terbang semalam.

“Pihak pengurusan semasa menjalankan pemeriksaan yang dijalankan pada pkul 6  petang dan mendapati ada mendapan kira-kira 12 sentimerter dengan kedalaman satu meter diatas laluan,” katanya dalam satu sidang media selepas lawatan mengejut ke lapangan terbang berkenaan.

Bagaimanapun jelasnya lubang mendapan itu telah ditutup sepenuhnya awal pagi tadi.

“Landasan ditutup bagi memastikan ia selamat digunakan dan dibaiki sebaik mungkin.

“Pada pukul 4 petang ini kita menunggu laluan dibuka kepada kapal terbang untuk mendarat,” katanya.

Akibat penutupan landasan itu, sebanyak enam penerbangan sepatutnya bertolak dengan membawa penumpang seramai 846 orang ditangguhkan sementara.

“Enam penerbangan melibatkan syarikat Tiger Air, Malindo Air dan Fire Fly mengalami perubahan jadual perjalanan,” katanya.

Jelasnya lagi, selain pemeriksaan berkala yang dijalankan tiga kali sehari pihak pengurusan turut melakukan pemeriksaan lanjut sekitar landasan.

Beliau turut menegaskan bahawa kejadian ini tidak berlaku disebabkan kejadian mendapan tahun 2014 yang tetapi disebabkan oleh taburan hujan yang luar biasa.

“Ia tiada kaitan dengan aktiviti batu kapur dan kejadian 2014 tetapi disebabkan oleh hujan yang lebat kebelakangan dan kita masih dalam kajian lebih lanjut secara pasti puncanya,” katanya.

Tambahnya lagi, hujan yang terkumpul dibawah tanah menyebabkan hakisan tanah serta pemendapan tanah dan lubang berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");