Berita Hari Ini

Mahalnya Koleksi Gila-Gila!

PETALING JAYA: Koleksi majalah humor Gila-Gila yang popular di era 80-an kini ditawarkan pada harga hampir mencecah RM5,000.

Jangan anggap ia sesuatu yang pelik atau kelakar, sebaliknya ia wajar dilihat sebagai pengiktirafan kepada majalah ini dan kartunis yang pernah melalui zaman kegemilangan suatu ketika dulu.

Memetik laporan Mstar Online tawaran itu dibuat seorang peniaga dalam talian yang hanya mahu dikenali sebagai Kiey menerusi Facebook apabila dia mempromosi dua kotak majalah lama, kebanyakannya majalah Gila-Gila pada harga RM4,900.

Katanya, koleksi tersebut diperolehi daripada seorang ‘makcik’, yang mengumpul majalah tersebut dan beberapa komik lain sejak zaman mudanya.

Selain Gila-Gila, beliau juga mengumpul majalah Geli Hati, Batu Api, Apo, Ujang dan beberapa komik lain.

“Ada pengumpul, seorang makcik beri kepada saya. Ada lebih dua kotak majalah lama-lama.

“Semua tu koleksinya masa muda-muda, anak-anak nak kemas rumah jadi dia hantar koleksinya kepada saya..dia bagi separuh dulu,” katanya.

Kiey yang sepenuh masa bekerja sebagai peniaga barangan bundle berkata, koleksi tersebut sesuai untuk pengumpul tegar yang tahu betapa bernilainya majalah ini.

Menurut Kiey, tidak seperti sebelum ini, kali ini beliau akan menjual koleksi tersebut secara pukal kepada pengumpul yang benar-benar berminat.

“Sebelum ni ada juga saya jual, tapi sikit-sikit. Kali ni saya tak jual satu-satu, harga saya letak satu kotak terus.

“Kalau tak ada nak beli sekarang, saya percaya harganya boleh naik lebih tinggi nanti,” katanya.

Bercerita lanjut tentang koleksi majalah ini yang tidak keterlaluan dikatakan telah menjadi koleksi berharga, Kiey berkata, keadaannya masih elok walaupun berusia lebih 40 tahun.

Jelasnya koleksi yang mahu dijual itu bermula dari 1976 sehingga era 90-an.

“Majalah tu keluaran 1976, 1977, tulisan jawi pun ada, maksudnya lama dah tu.

“Bila kata koleksi lama, maksudnya ada yang masih OK dan tidak. Mungkin ada helaian tercabut tapi keseluruhannya masih elok dan boleh dibaca,” katanya.

Majalah Gila-Gila kini menjadi nostalgia apabila era ini ramai memilih bacaan dalam talian.

Pada 1 April 2017, Gila-Gila menyambut ulang tahun ke-39 sekali gus kekal sebagai peneraju Humor Nasional.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");