Sukan Hari Ini

Manchester United Tetap Sasar Kelompok Empat Terbaik

PEMAIN Manchester United, Juan Mata menegaskan mereka tetap mahu menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris musim ini dalam kelompok empat terbaik walaupun menyedari peluang semakin tipis.

Kekalahan 0-2 kepada Arsenal baru-baru ini menyukarkan lagi misi The Red Devils tersenarai kelompok empat terbaik.

Sebelum ini, pengurus United, Jose Mourinho bertegas skuadnya mahu menjuarai Liga Europa yang juga tiket automatik beraksi di Liga Juara-Juara musim depan.

“Kami ada peluang untuk bermain di Liga Juara-Juara jika menang Liga Europa. Tapi alangkah bagusnya jika kami menamatkan musim ini dalam kelompok empat terbaik,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");