Berita Hari Ini

Manfaat Besar Program Triple Plus

KOTA BHARU – Program Triple Plus, anjuran Perbadanan Tabung Pen-didikan Tinggi Nasional (PTPTN) menjadi platform terbaik buat masyarakat Malaysia menjana pendapatan tambahan, selain memberi manfaat penabungan dan perlindungan.

Antara objektif utama adalah menyebar luas maklumat tepat mengenai simpanan pendidikan SSPN-i Plus, di samping membuka peluang kepada peserta untuk menjana pendapatan melalui produk PTPTN.

Seorang peserta, Kew Hwee Ming, 52, berkata, sejak setahun menyertai Ejen Pemasaran Online (EPO), beliau mampu menjana pendapatan sampingan, selain pendapatan tetap sebagai guru di sebuah sekolah di Jerteh, Besut, Terengganu.

Menurutnya, tidak susah untuk mendapat pencapaian tertinggi sebagai EPO kerana SSPN-i Plus adalah produk berkualiti dan bermanfaat untuk masa depan pendidikan, selain dilindungi takaful sehingga RM1 juta.

Katanya, Program Triple Plus yang bercirikan seminar itu dapat menambah ilmu pemasaran online yang berkesan, malah beliau turut memperoleh tips untuk menjadi EPO terbaik.

“Program seperti ini bukanlah sekadar mempromosikan produk SSPN-i Plus sahaja, malah memberikan khidmat nasihat pengurusan kewangan dan penjanaan pendapatan dalam konteks mudah.

“Jadi, rebutlah peluang menyertai Program Triple Plus di lokasi-lokasi dianjurkan kerana ia merupakan inisiatif terbaik yang dilaksanakan PTPTN untuk membantu masyarakat yang berminat mendapatkan pendapatan tambahan,” katanya lapor Sinar Harian.

Sementara itu, seorang lagi peserta dari Tanah Merah, Kelantan, Yusri Alyas, 42, yang baru menyertai Program Triple Plus berkata, beliau memperoleh banyak ilmu berkaitan pengurusan kewangan, pemasaran melalui atas talian dan meningkatkan keyakinan diri daripada seminar yang diadakan.

“Seminar yang disediakan melalui Program Triple Plus melibatkan penceramah hebat dan mengamalkan konsep komunikasi dua hala untuk memudahkan pemahaman.

“Banyak ilmu yang dikongsi melalui seminar ini dan penyertaan pula adalah percuma. Jangan lepaskan peluang dan daftar segera secara online di www.tripleplusptptn.com.

“Program ini sangat komprehensif untuk masyarakat Malaysia terutama peminjam PTPTN kerana memberi tiga manfaat besar melalui penabungan, perlindungan serta pendapatan tambahan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");