Perak Hari Ini

Masalah Kaum India Sentiasa Didengar-MB Perak

KUALA KANGSAR:Kebajikan dan masalah melibatkan kaum India sentiasa didengar dan menjadi keutamaan kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata kerajaan tidak pernah berhenti membantu kaum India daripada segala segi.

“Kita terus membantu masyarakat India seperti contoh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang tidak pernah lupa kebajikan dan mendengar masalah kaum India selama ini.

“Begitu juga di Perak, saya sendiri mendengar masalah kaum India dan akan cuba membantu mungkin ada masalah yang masih belum selesai tapi kami tetap berusaha untuk membantu,” katanya semasa menyampaikan ucapan perasmian majlis bersama masyarakat India bagi kawasan Kuala Kangsar dan Padang Rengas di Dewan Persatuan Kaum India di sini hari ini.

Turut hadir Penasihat Menteri Besar V.Elango, Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datin Mastura Mohd Yazid dan Speaker Dewan Negeri, S Thangaswary.

Tambahnya lagi pelbagai bentuk bantuan disalurkan melibatkan bidang usahawan juga keperluan pendidikan kaum India.

“60 orang usahawan di Kuala Kangsar contohnya telah mendapat manfaat menerusi bantuan usahawan baru-baru ini, malah sebanyak RM65 juta peruntukan disalurkan kepada Sekolah Tamil di negeri ini untuk proses baikpulih sekolah,” katanya.

Katanya lagi, pihak kerajaan negeri turut menyalurkan RM1 juta bantuan untuk pendidikan khas kaum India.

Beliau terdahulu turut menyampaikan replika cek sumbangan berjumlah RM115,000 kepada Pertubuhan Saiva Pari Kuala Kangsar.

Turut disampaikan bantuan bagi pembinaan dewan masyarakat India yang baru, bantuan persekolahan dan perniagaan bagi penerima bantuan yang terdiri daripada kaum India di sekitar Kuala Kangsar dan Padang Rengas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");