Perak Hari Ini

MB Inc Terus Anjur Kenduri Ramah Mesra Sempena Permukiman Menteri Besar

KUALA KANGSAR: Perbadanan Menteri Besar Perak (PMB) meneruskan penganjuran Majlis Kenduri Ramah Mesra bersempena Pemukiman Menteri Besar yang kini berkampung di Kuala Kangsar sehingga 20 Mei ini.

Kampung Ulu Piol dipilih sebagai lokasi penganjuran kenduri ramah mesra PMB yang turut dimeriahkan dengan kehadiran Adun Kemunting merangkap Exco Kerajaan Negeri,Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid, Adun Manong Datuk Mohamad Kamil Shafie dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.) Datuk Aminudin Hashim.

Turut Hadir Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kuala Kangsar Mustafa Shah Abdul Hamid, Pengerusi Masjid Kg Ulu Piol  Murad Ishak, Imam dan ketua kampung.

Majlis Kenduri Ramah Mesra tersebut merupakan sebahagian dari program tangungjawab sosial korporat PMB dengan berkongsisebahagian hasil pendapatan syarikat bersama golongan yang memerlukan.

Menurut Aminuddin program bersempena Pemukiman Daerah Menteri Besar di Daerah Kuala Kangsar merupakan platform terbaik untuk kita saling mengenali, mengeratkan silaturrahim dan memperolehi manfaat demi pembangunan pada masa depan di tempat dan negeri kita.

“Ikatan ukhuwah yang teguh dan sikap saling membantu adalah tonggak kekuatan dalam menangani isu-isu di sesebuah kawasan. maka, kita hendaklah berusaha bersama-sama bagi membasmi kemiskinan, membangunkan golongan belia, meningkatkan pulangan ekonomi, memelihara alam sekitar dan sebagainya,”katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu katanya, hasil yang diperolehi PMB disalurkan semula kepada Kerajaan Negeri agar dapat digunakan bagi meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat dan ia turut disalurkan secara terus kepada rakyat melalui penganjuran program seperti majlis kenduri ramah mesra bersama rakyat di negeri ini.

Malah katanya ia turut membantu dari segi penyediaan peralatan atau kelengkapan Masjid, majlis perayaan bersama Penduduk Kampung, perkhidmatan Surau Bergerak dan pelbagai perkara lain.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");