Perak Hari Ini

MB Perak Ziarah Penduduk Manong

KUALA KANGSAR:Menteri Besar,Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meneruskan sesi program Permukiman Menteri Besar yang kali ini dengan mendekati penduduk di kawasan Manong.

Beliau meluangkan masa bertemu dan beramah mesra dengan penduduk di Manong pada sesi sarapan pagi di Pusat Khidmat Adun Manong di sini.

Zambry tiba dengan kereta yang dipandunya sendiri kemudian meluangkan masa kira-kira 30 minit berbual santai dengan penduduk kampung.

Kehadiran beliau pastinya dinantikan orang ramai yang mengambil kesempatan bersalaman dan bergambar dengannya.

Program pagi ini itu turut disertai oleh Adun Manong Datuk Mohd Kamil Shafie dan beberapa pemimpin negeri lain.

Beliau kemudiannya menghadiri ziarah ambang Ramadhan dan jom bantu rakyat ke 10 buah rumah penduduk terpilih sekitar kawasan Manong.

Turut disampaikan bantuan kewangan, kotak makanan dan baikpulih rumah kepada 10 pemilik rumah yang dikenalpasti memerlukan bantuan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");