Perak Hari Ini

MBI Tawar Diskaun Pengurangan Kompaun Sebanyak 75 Peratus

IPOH: Buat pertama kalinya Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menawarkan diskaun pengurangan 75 peratus untuk tawaran-tawaran kompaun bagi kesalahan trafik dan lalu lintas sempena Sambutan Hari Bandaraya Ipoh ke-29 dan Bulan Ramadhan.

Datuk Bandar Ipoh Datuk Zamri Man berkata tawaran kompaun tersebut dikeluarkan di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat letak kereta) (Majlis Bandaraya Ipoh) selama 2 minggu bermula hari ini hingga 14 Jun 2017.

“Kita memberikan potongan 75 peratus dan pembayar boleh ke kaunter 1 serve pelbagai pekhidmatan disediakan.

“Tidak meletakkan kupon biasa denda RM20 jadi bagi kali ini cuma perlu membayar RM5 sahaja manakala bagi kesalahan tidak meletakkan kenderaan dalam petak yang didenda sebanyak RM40 hanya perlu membayar RM10 sahaja,”katanya selepas menghadiri Mesyuarat Penuh Majlis Bulan Mei 2017.

Katanya sejumlah RM31 juta kompaun terkumpul bagi tahun 2013 sehingga 2017.

Tawaran diskaun ini bertujuan untuk membantu dan meringankan beban wargakota Ipoh untuk melangsai dan menjelaskan kesemua bayaran tertunggak selama ini.

MBI tidak akan teragak-agak untuk memfailkan saman ke mahkamah terhadap kesemua pesalah tegar ini yang tidak merebut peluang menjelaskan tunggakan tawaran kompaun walaupun telah diberikan diskaun pengurangan sebanyak 75 peratus.

Ia hanya diberikan untuk kesalahan-kesalahan berkaitan tidak mempamerkan kupon atau meletakkan kenderaan di luar petak sahaja. Bagi kesalahan-kesalahan lain pula adalah tertakluk kepada diskaun dan prosedur pengurangan sedia ada.

Wargakota Ipoh boleh terus membuat pembayaran kompaun di Kaunter Bayaran Ibu Pejabat MBI, Jalan Sultan Abdul Jalil, Kaunter Bayaran di Jalan Bandar, Kaunter Bayaran MBI di UTC dan Kaunter Pandu Masuk MBI.

Untuk semakan, wargakota Ipoh boleh terus ke Kaunter 1 Serve di Lobi Bangunan MBI, Jalan Sultan Abdul Jalil, di sini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");