Isu Panas

‘Melayu Umno Paling Sayang Orang Cina…’

SHAH ALAM – Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa menafikan bahawa partinya mengamalkan budaya rasis sepertimana yang didakwa sesetengah pihak.

Katanya, ini dibuktikan dengan sejarah Umno itu sendiri yang menolak budaya rasis.

“Dalam negara kita, parti pertama yang menerima sebagai saudara kaum Cina dan India adalah Umno bukan parti lain.

“Kenapa Umno menerima kaum Cina kerana sebagai orang Islam kita diajar begitu, tidak dibenarkan membenci kaum lain, diserukan kepada kedamaian dan kebaikkan,” katanya dalam ucapannya di program pengumuman pemenang pertandingan “Kit Siang rasis” di Hotel Blue Wave, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Annuar menegaskan “orang yang paling sayang pada orang Cina adalah Melayu Umno,”.

“Kenapa saya kata begitu… seawal-awal kita nak merdeka kita dikafirkan oleh Pas tapi kita tidak pernah tinggal saudara kita orang Cina,” katanya lagi.

Katanya lagi, masyakarat Cina turut diberi perlindungan politik dan ekonomi di negara ini.

“Akhirnya orang Cina kaya daripada orang Melayu… ada orang Melayu nak marah? Tak ada sebab roh Umno itu roh Islam,” katanya lagi.

Berbicara lanjut, Annuar berkata, jika Umno parti rasis Perikatan tidak akan wujud.

“Perlembagaan tidak wujud seperti sekarang agama Islam agama rasmi tetapi agama lain bebas diamalkan bahasa Melayu rasmi tetapi bahasa lain bebas diamalkan.

“Jadi semua dalam Perlembagaan hak sahabat kita, kita nyatakan…Hanya Umno boleh buat begitu dan inilah fakta dan sejarahnya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");