Perak Hari Ini

Mendapan Tanah Di Landasan LTSAS, MB Perak Mahu Kajian Terperinci & Laporan Penuh

IPOH:Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menggesa agar satu kajian terperinci dan laporan penuh dihantar kepadanya berikutan kejadian mendapan ketika pemeriksaan rutin dilakukan pasukan teknikal ke atas landasan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), pada Khamis.

Beliau yang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri berkata, kajian terperinci telah dijalankan dua tahun dahulu sewaktu kerja-kerja membaikpulih dan melebarkan landasan tersebut dijalankan termasuk berkaitan dengan keadaan struktur tanah.

“Sebelum ini ada laporan mendakwa terdapatnya aliran air bagaimanapun menerusi kajian yang dilaksanakan ia telah diluluskan penggunaannya dan dipastikan landasan itu selamat digunakan,” katanya kepada media ketika diminta mengulas mengenai kesan mendapan yang berlaku di landasan lapangan tersebut.

Beliau turut menyatakan kenyakinan bahawa pihak Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) telah melakukan langkah pemeriksaan teknikal di kawasan berkenaan.

“Difahamkan kapal terbang mula mendarat semula semalam, dan saya menunggu laporan penuh mengenainya,” katanya.

“Ia mengenai keselematan negeri dan mereka perlu memaklumkan kepada saya terlebih dahulu kerana lapangan terbang juga merangkumi aspek keselamatan yang perlu diberikan perhatian,” katanya.

Terdahulu landasan LTSAS ditutup sementara sejak 6.40 petang Khamis lalu untuk operasi penerbangan ekoran masalah pada landasan dipercayai akibat mendapan.

Penutupan sementara selama 24 jam sehingga 6.40 petang semalam telah menyebabkan 12 penerbangan masuk dan keluar melibatkan Malindo Air, Tigerair dan Firefly terjejas.

Bagaimanapun landasan dibuka semula dengan pendaratan membabitkan penerbangan pesawat Tigerair dari Singapura pada jam 5 petang semalam setelah lubang mendapan tanah itu diperbaiki pihak pengurusan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");