Membawang Hari Ini

Mila AF5 Dapat Anak Lelaki

Bekas Juara Akademi Fantasia musim kelima,  Mila selamat melahirkan anak sulung di sebuah hospital swasta Kuala Lumpur, pada pukul 9.45 malam 12 Mei (Jumaat) lalu.

Mila selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Mohd Arif Zikri  dengan berat 2.78 kilogram menerusi pembedahan.

Menerusi sebuah muat naik di Instagram (IG) miliknya, Mila telah berkongsi sekeping gambar bersama dengan bayi dan suaminya.

“Alhamdulillah.  Syukur pada Allah. 12 May 2017 pada pukul 9.45 malam, Mohd Arif Zikri (2.78KG) dilahirkan.

“Terima Kasih buat semua saudara mara, sahabat handai dan para peminat yang mendoakan saya dan anak saya. Alhamdulillah Mommy & Baby sihat,” tulis Mila.

Tahniah kepada Mila dan suami dari Perak Today.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");