Perak Hari Ini

MITI Positif Sasar Peningkatan Pemadanan Perniagaan PKS

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sentiasa mensasarkan peningkatan dari segi pemadanan perniagaan seperti tahun sebelumnya.

Menteri MITI, Datuk Sri Mustapa Mohamed

Menteri MITI, Datuk Sri Mustapa Mohamed berkata, adalah menjadi hasrat kementerian itu untuk melihat peningkatan dari sudut pemadanan perniagaan dimana tahun lepas telah mencatatkan sebanyak 12 peratus.

“Tahun ini iaitu tahun keenam Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) peringkat kebangsaan dan kita sentiasa berharap ia terus meningkat.

“Kalau kita dapat capai seperti tahun lepas, itu cukup baik,” katanya.

Terdahulu pemadanan perniagaan yang diadakan sesi ini melibatkan peningkatan 12 peratus merangkumi potensi jualan kepada RM72.8 juta berbanding RM60.3 juta pada tahun 2015.

Bagi tahun ini sahaja, sesi pemadanan perniagaan yang diadakan di negeri ini diharap dapat melibatkan lebih banyak PKS dan meningkatkan potensi jualan dengan penyertaan syarikat besar seperti LAZADA, Mydin, AEON, Tesco, Giant, Lulu dan Ramly.

Mustapa terdahulu telah merasmikan program “Hari MITI 2017” zon Utara yang berlangsung di Hotel Casuarina@meru, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir

Jelas Zambry program kali ini adalah satu pendekatan NBOS yang cukup baik apabila ia dianjurkan luar dari negeri dan berjaya menghimpunkan ribuan pengunjung setakat satu hari pengajurannya hari ini.

“Mereka juga dapat mencari peluang pekerjaan dan perniagaan iaitu dua aspek yang penting diwujudkan oleh MITI,” katanya.

Program ini merupakan anjuran MITI bersama agensi dibawahnya (MIDA, MATRADE, SME CORP, MPC, MIDF, SME BANK, HDC, MAI& MSI.

Hari MITI 2017 (Zon Utara) dianjurkan bagi mempromosikan peranan serta fungsi MITI dan agensi dibawahnya kepada pelanggan serta orang ramai.

Turut berlangsung Minggu PKS 2017 peringkat negeri Perak di Bulatan Amanjaya selama dua hari sehingga esok.

Pelbagai pameran jualan produk usahawan, automotif, sesi taklimat bantuan kewangan dan karnival foodtruck.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");