Perak Hari Ini

Mula Kukuh ‘DNA’ BN, Silaturahim & Ketepikan Perbezaan-TPM

IPOH:Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi menasihati anggota komponen Barisan Nasional Perak terutama Pemuda BN atau kini dikenali sebagai Anak Muda Nadi BN (AMAN BN) mula menanam ‘DNA’ BN dengan mengukuhkan keserasian serta silaturahim, dan mengenepikan perbezaan.

Saranan itu dilontarkannya bagi memperkukuhkan jentera BN sebagai pentadbir negeri ini menjelang pilihan raya umum (PRU) kelak.

“Kita mesti mempertahankan kerusi kita dan berusaha malah kita perlu berjanji pada negeri ini dengan memberi tumpuan pada penyokong-penyokong kita serta menarik rakan-rakan komponen kita bersama-sama BN selain menanamkan DNA dalam jentera kita,” katanya semasa menyampaikan ucapan pelancaran AMAN BN di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir,Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun dan barisan kepimpinan BN Perak.

Jelas Zahid lagi, penerapan DNA BN perlu disuntik ke setiap pelusuk pentadbiran melibatkan kawasan parlimen dan setiap cawangan.

“Setiap komponen MCA, MIC, Myppp,SUPP Gerakan, perlu ada DNA kita jadi kita perlu tolak perbezaan dan menarik keserasian antara kita jadi ia satu permulaan yang baik memulakan persahabatan,” katanya.

Tambahnya BN kini perlu memulakan gerakan untuk mengeratkan silaturahim, menolak perbezaan dan mula untuk bersatu padu.

“Kalau ada perbezaan ketika ini kita ketepikannya demi Negeri Perak, demi pemuda dan kemenangan BN kita ketepikan permasalahan dan bersatu hati.

“Perak tidak sepatutnya mengulangi sejarah 11 bulan, cukuplah kita sengsara dahulu dan apabila Perdana Menteri memukul gendang perang (PRU) kita sudah bersedia” katanya.

Terdahulu beliau menganggotai bacaan ikrar yang antara lain memberi fokus untuk bersatu hati, bekerja keras, mengelak perseketaan demi kemenangan BN Negeri Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");