Berita Hari Ini

Mulai 1 Jun Denda RM250 Jika Gagal Asing Sampah

GEORGE TOWN: Denda RM250 akan dikenakan terhadap pengguna yang gagal mengasingkan bahan kitar semula dengan sampah umum mulai 1 Jun ini.

Setiausaha Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Yew Tung Seang berkata, denda itu untuk mereka yang gagal mematuhi peraturan pengasingan bahan buangan yang ditetapkan itu.

“Tempoh selama setahun telah diberikan kepada semua pihak untuk membiasakan diri dengan dasar yang ditetapkan.

“Bagaimanapun, pemeriksaan rambang akan dilakukan di sekitar kawasan tadbiran MBPP menerusi Ops Kawal Selia Pengasingan Sisa,” katanya lapor Mstar Online.

Tung Seang menggesa orang ramai supaya bekerjasama mengasingkan bahan buangan untuk mengurangkan sampah di negeri itu bagi memastikan tapak pembuangan dapat beroperasi lebih lama.

Mengikut dasar yang ditetapkan, penduduk di kediaman bertanah perlu menempatkan bahan buangan seperti kertas, plastik dan bekas aluminium di tepi tong sampah untuk dikutip lori pihak berkuasa tempatan itu pada Sabtu (2 hingga 5 petang di bahagian pulau dan 8 pagi hingga 4 petang di tanah besar).

Bagaimanapun, bagi penghuni kediaman bertingkat pula, badan pengurusan bersama akan mengendalikan sistem pengasingan bahan buangan.

Jawatankuasa pengurusan pangsapuri perlu menyediakan ruang untuk penduduk terlibat meletakkan sampah, termasuk bahan kitar semula.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");