Sukan Hari Ini

Musim Terakhir Rooney Di MU?

PENYERANG Manchester United, Wayne Rooney mengakui dirinya tidak mendapat peluang untuk beraksi dengan lebih kerap bersama pasukan.

Rooney telah membuat 34 penampilan di seluruh perlawanan dengan menyumbangkan tujuh gol dan 10 assist, namun pemain England itu hanya menjadi pilihan dalam kesebelasan utama sebanyak 12 kali.

“Apakah saya ingin bertahan? Saya sudah berada di kelab ini selama 13 tahun, tapi saya juga ingin memberi sesuatu dalam bola sepak.

“Musim ini saya tidak banyak beraksi seperti yang diinginkan. Tidak dinafikan saya ingin tampil seperti yang saya inginkan  dan cuba membantu pasukan,” katanya.

Pemain berusia 32 tahun itu menganggap bola sepak kini sudah berubah kerana saingan dalam karier ini semakin hebat.

Jelasnya, dia akui sekiranya semakin banyak dirinya beraksi, keyakinan pasti akan meningkat terutama dalam membantu pasukan.

“Semestinya dalam bola sepak kita ingin beraksi dalam setiap perlawanan, tapi itulah bola sepak dan kita harus bekerja dan cuba buat yang terbaik,” katanya.

Rooney yang akan tamat kontrak pada 2019 kurang diberi peluang selepas gandingannya bersama Zlatan Ibrahimovic gagal di awal musim ini, malah pengurus Jose Mourinho lebih selesa menggunakan penyerang muda Marcus Rashford.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");