Berita Hari Ini

Najib Kutuk Serangan Di Marawi City

KUALA LUMPUR -Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengutuk serangan ke atas Marawi City oleh kumpulan yang mempunyai kaitan dengan pergerakan keganasan Daesh yang mengakibatkan anggota pasukan keselamatan Filipina terkorban dan orang awam terpaksa berpindah.

Najib berkata Malaysia mempunyai kepercayaan penuh kepada Filipina dalam mengendalikan krisis ini dan akan menawarkan sokongan sepenuhnya.

“Krisis ini tidak harus melengahkan proses perdamaian yang sedang berlangsung di Mindanao,” kata beliau dalam catatan di laman Twitter dan Facebook hari ini.

Keadaan darurat diisytiharkan di Mindanao berikutan pertempuran sengit antara tentera Kerajaan Filipina dengan kumpulan militan di bandar Marawi, Mindanao. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");