Perak Hari Ini

Negeri Kaya Belum Tentu Mampu Jaga Kebajikan Rakyat

“Biar negeri kita tak kaya janji rakyatnya mampu memilik rumah sendiri, Biar negeri kita tak kaya janji rakyat tidak merempat ketiadaan air”

Demikian kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir ketika berucap di Mesyuarat Veteran Angkatan Tentera Malaysia di RTC Gopeng, hari ini.

Menurut beliau, apa yang penting adalah kerajaan yang sentiasa mengambil tahu kepayahan dan denyut nadi rakyat dalam meneruskan kehidupan seharian dengan pendekatan turun padang.

Katanya, apalah gunanya sesebuah kerajaan yang megah dengan kekayaan namun nasib rakyat langsung tidak dibela oleh kepimpinan tertinggi negeri.

“Mereka kata negeri mereka kaya tetapi mereka tidak sedar akan nasib rakyatnya yang bersengkang mata mencari nafkah bagi memiliki kediaman sendiri itu belum lagi perihal rakyat terdesak kerana ketiadaan air.

“Alhamdulillah, di Perak walaupun kita tidak sekaya mana namun rakyat-rakyat kita belum ada lagi isu-isu seperti ini dan sebab itu sehingga kini kepimpinan negeri masih meneruskan pendekatan turun padang bagi melihat dan mendengar sendiri permasalahan rakyat,” katanya

Zambry menambah, usaha kerajaan Perak menerusi pendekatan turun padang sering kali disalah ertikan oleh pihak pembangkang yang cukup gemar mencucuk jarum kebencian dan perpecahan dikalangan rakyat.

Katanya, pihak pembangkang boleh memberi pandangan bagi membolehkan pentadbiran negeri bertindak dengan lebih efisien namun bukanlah dengan cara menghentam dan menyebarkan kebencian.

“Kita bukan sempurna dan saya akui mungkin terdapat kelemahan dalam aspek-aspek tertentu dan mereka boleh menegur atau memberi pandangan tetapi janganlah menghentam sehinggakan memecahbelahkan rakyat Perak.

“Jangan jadi tukang cucuk dan memburukkan keadaan, padahal kita hanya buat apa yang sepatutnya seorang wakil rakyat buat,” katanya lagi.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");