Membawang Hari Ini

Nicki Minaj Bayar Yuran Pengajian Peminat

DI SEBALIK imej liar dan sering terlibat dalam kontroversi namun penyanyi rap Nicki Minaj sebenarnya seorang yang pemurah.

Mana tidaknya, Nicki, 34, sanggup membayar yuran pengajian peminatnya di universiti asalkan mereka berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh dan menjadi insan berjaya.

Semuanya berlaku secara tidak sengaja apabila seorang peminatnya bertanya di Twitter sama ada Nicki boleh membantu membayar yuran pengajiannya.

Nicki membalas pertanyaan itu dengan berkata: “Tunjukkan bukti anda pelajar cemerlang dan saya akan bayar yuran anda,” katanya.

Twitter Nicki mula dibanjiri dengan peminat memuat naik gambar gred mereka di universiti dan penyanyi lagu Bang Bang itu membalasnya secara peribadi dengan memberitahu bersetuju untuk menanggung kos pengajian mereka.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");