Membawang Hari Ini

Noorkumalasari Akui Terlalu Rindukan Anita Sarawak

 

Adik mana yang tidak merindui seorang kakak, apatah lagi jika kakak itu menghilangkan diri tanpa khabar berita sejak beberapa tahun yang lalu.

Itulah yang sedang dialami oleh penyanyi dan pelakon Noorkumalasari yang kini sangat merindui kakaknya Anita Sarawak.

Kalau dapat bersemuka, antara perkara pertama ingin dilakukan Noorkumalasari ialah mendakap erat kakaknya yang sudah lama dirindui.

Masih dibelenggu tanda tanya, Noorkumalasari berkata, dia berhasrat sangat untuk mengetahui maklumat sebenar mengenai Anita.

Kata Noorkumalasari, Anita mula tidak dapat dihubungi sejak dia menamatkan kontraknya bersama Astro beberapa tahun lalu.

“Ada orang cakap jumpa Anita di Singapura, tapi saya tak tau betul atau tidak itu memang Anita,” katanya kepada media ketika ditemui di majlis tayangan perdana program Salam Ramadan Kosong Kosong Astro di Kompleks Kraf di Jalan Conlay, Kuala Lumpur pada Selasa.

Dibayangi pelbagai gosip, beberapa pihak mendakwa Anita, 65, kini berada di Las Vegas – bandar yang pernah didiaminya sebagai penghibur suatu ketika dulu.

Keadaan itu menyebabkan keluarga mereka menjadi risau, terutama Noorkumalasari, 61, yang menjadi antara orang paling rapat dengannya.

Menjelaskan keadaan sebenar, Noorkumalasari berkata, jika memang Anita ada terguris perasaan atau seumpamanya, dia patut berterus terang dan berbincang untuk mengatasi kekeliruan itu.

“Saya pun tak tau apa sebab hak ini boleh terjadi. Dia tak ada beritahu saya walaupun dulu dia selalu telefon saya malam-malam.

“Kadang-kadang kami bersembang lama, ada pernah sampai dua jam dia cerita masalah yang dihadapi.

“Pada masa itu saya lega sebab dia bercerita pada saya,” katanya.

Selepas bertahun tidak bertemu atau mengetahui khabar berita, Noorkumalasari berkata, sekurang-kurangnya biarlah Anita menghubungi keluarga di sini dan memaklumkan keadaan dirinya.

Apa yang diingini Noorkumalasari kini, katanya, ialah melihat kakaknya itu di depan mata.

“Cukuplah dia ada depan mata, saya nak tengok dia sihat semuanya,” katanya.

Pada masa sama sikap Anita yang mendiamkan diri juga mengundang masalah.

“Keadaan sekarang buat orang tertanya-tanya. Sebab itu timbul macam-macam fitnah,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");