Membawang Hari Ini

Nora Akui Sukar Sambut Ramadhan Tanpa Johan Nawawi

Penyanyi Nora Ariffin mengakui sukar baginya menyambut Ramadan buat pertama kali tanpa kehadiran suami tercinta, Johan Nawawi.

Berkongsi luahan hatinya di laman Instagram miliknya, pelantun lagu “Hanya Satu” itu berkata dia mencuba sedaya upaya untuk tidak menitiskan air mata terutama di hadapan anak bongsunya, Putri Nur Fatehah, 5 tahun.

“Selamat menyambut Ramadan. Saya sedang mencuba sedaya upaya untuk tidak menitiskan air mata. Hanya Allah yang tahu. Ketika tarawih, tiba-tiba Putri meluahkan rindu terhadap arwah papanya.

“Berdoalah sayang, semoga kita bertemu papa di jannah nanti, insya-Allah. Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada kami sekeluarga,” luah Nora.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");