Perak Hari Ini

Orang Awam Berang, Medan Ipoh Bestari Jadi Sarang Tikus

IPOH:Pihak bertanggungjawab diminta mengambil tindakan segera mengatasi masalah tikus yang semakin serius terutama di kawasan premis kedai Medan Ipoh Bestari di sini.

Serangan tikus ini menyebabkan beberapa premis kedai terjejas apabila ia mula merosakkan wayar pendawaian dan peralatan pejabat.

Orang awam yang ditemui berkata mereka terpaksa menanggung kerugian akibat kerosakan harta benda disebabkan gigitan tikus di beberapa ruang pejabat di premis tersebut.

Terkini, rangkaian internet sebuah syarikat dilaporkan tidak berfungsi berikutan wayar tersebut digigit tikus malah kejadian ini kerap berlaku sebelum ini.

Malah sebelum ini juga orang awam turut mendapati tikus merosakkan bahagian penghawa dingin dan tangki air sebuah premis di kawasan itu.

Pihak bertanggungjawab disaran mengambil serius perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya berkaitan kebersihan kawasan sekitar agar tikus tidak ‘bermaharajalela’.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");