Isu Panas

“Parti Nyamuk Bang Mat Juga Mampu Membunuh!”

SHAH ALAM – Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, beliau tidak terkesan dengan kata-kata yang mengaibkan partinya.

Katanya, selepas dua tahun partinya ditubuhkan, kini ia dilihat mampu ‘menyegat’ arena politik negara.

“Parti nyamuk…Bang Mat senyum, bagi Bang Mat nyamuk juga mampu membunuh.

“Mampu bertahan dua tahun sahaja..Bang Mat senyum, sambil arahkan ahli-ahli gandakan lagi usaha…,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru, katanya yang juga mesra disapa Mat Sabu, “Kata-kata orang ini jika terlalu dilayan akan merencatkan usaha kita”.

“Oleh itu, kita ambil segala kata-kata ini untuk kita baiki diri dan parti kita ini. Jalan terus mara ke medan masyarakat. Amanah mampu lakukannya. Terus bekerja!!!,” katanya lapor Sinar Harian.

Parti Amanah didaftarkan sebagai Malaysia Workers’ Party (Parti Pekerja-Pekerja Malaysia) dan kemudiannya dijenamakan semula sebagai (Parti Amanah Negara).

Amanah telah dilancarkan secara rasmi pada 16 September 2015 di peringkat kebangsaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");